Wednesday, April 08, 2009

kepada kawan2

U.N.I.C

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

----------------*---------------

_aku suka lagu ni..
bknla suka yg hari2 wajib aku dgr.
aku suka lirik dia. since skolah lg dh hafal.

hemm tibe2 dh mcm masuk mode kenangan la pulak.
dh lama xjumpa kawan2.
_kawan skolah
_kawan universiti

seronok kn time tu..
rindunyerr!
_rindu nk prep
_rindu nk turun padang
_rindu nk mandi kolam
_rindu kt upten
_rindu kt tasik
_rindu kt BR,BP,BS,SA1,SA2

semua pn dgn kawan2!
ohh! yg sebenarnye aku rindu sama kawan2
kawan2 gelak, kawan2 susah, kawan2 senang, kawan2 gaduh

cpt kn masa berlalu?

No comments:

Post a Comment