Monday, May 23, 2011

SSBP-TNB juara remaja

2011/05/22

UniKL tersungkur pada penentuan penalti stroke

MUHAMMAD Shahril Saabah muncul wira buat Sekolah Sukan Bandar Penawar-TNB (SSBP-TNB) apabila menjelmakan gol kemenangan menerusi penentuan penalti stroke 3-2 pada perlawanan akhir Liga Hoki Remaja menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk merampas gelaran juara keseluruhan dan menjulang Piala Milo di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi.

Dalam perlawanan yang terpaksa diheret kepada penentuan penalti setelah terikat 2-2 sehingga berakhir masa tambahan, Shahril menewaskan penjaga gol UniKL, Shahrul Azaddin Auskarzie untuk menggamatkan suasana stadium, sekali gus menafikan hasrat UniKL mempertahankan kejuaraan.
Pada babak pertama, UniKL terlebih dulu membuka jaringan pada minit kelapan menerusi sudut penalti Muhammad Taufik Abd Hamid tetapi SSBP-TNB bingkas menyamakan kedudukan menerusi gol padang Mohd Fitri Saari pada minit ke-21.
Tujuh minit berselang, UniKL sekali lagi berada di depan menerusi sudut penalti kapten, Mohd Zulhairi Hashim untuk jaringan peribadi ke-18 musim ini.

Keselesaan itu bagaimanapun tidak bertahan apabila SSBP-TNB sekali lagi bangkit menerusi gol padang Shahrusahadan Basri pada minit ke-38 hingga permainan masa sebenar tamat tetapi gagal menghasilkan sebarang gol pada masa tambahan.

SSBP-TNB membawa pulang Piala Milo dan wang tunai RM20,000 manakala UniKL membawa pulang RM10,000.

Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang tertunda hampir 30 minit kerana hujan, Sekolah Sukan Bukit Jalil Junior (SSBJ Jr) menewaskan Sekolah Sukan Bandar Penawar Junior (SSBP Jr) 4-1.


sumber : Berita Harian Online




to adik adan :
suka la tu muka dpt masuk tv&paper... ;p
anyway..tahniah sbb jaringkan gol sebijik..
i dpt tahu u dpt offer under19 punya hockey project ehh??
wahhh proud of u!! :)

hemm tp kan..main tu main la jugak.
BUT...jgn lupa ye..SPM thn ni dik..

No comments:

Post a Comment